Allah hanya panggil kita 3 kali sahaja seumur hidup...

Assalamualaikum warahmatullah...

Pada suatu hari..

"Ibu, ada cerita yang menarik dari Makkah?" aku bertanya.

Kemudian, Ibu memberikanku tausyiahnya.

Ibu berkata..."Kakak, Allah hanya memanggil kita 3 kali sahaja seumur hidup"

Keningku berkerut..."sikitnya Allah memanggil kita"

Ibu tersenyum lalu ibu berkata..."iya, Kakak tau x apa 3 panggilan tu?"

Aku menggelengkan kepala.

"Panggilan pertama adalah AZAN", kata ibu.

"Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel. Dia tidak cepat marah akan sikap kita kerana melewatkan solat atau langsung tidak melaksanakan solat kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan kepada umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan AzanNya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti".

Aku terpaku...mataku berkaca-kaca. Aku membayangkan yang aku masih melambat-lambatkan solat sbb tgk tv la, study la, main la dan lain2...Masya-Allah...

Ibu meneruskan.."Kakak, panggilan yang kedua adalah panggilan HAJI. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan bersifat bergilir. Hamba yang lain mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Caranya bermacam-macam. Yang xde duit jadi ade duit, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat haji, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik', sesungguhnya ketika saat itu kita menjawab panggilan Allah yang ke2. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu sangat halus. Allah berkata, laksanakan haji bagi yang mampu'.

Mataku semakin berkaca-kaca. "Subhanallah". Hanya itu sahaja yang dapat ku katakan.

"Dan panggilan ke-3", tambah Ibu, "adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu Kakak, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang husnul khatimah. InsyaAllah syurga adalah balasannya.."

** Mataku basah, aku segera sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaianku dalam menjawab panggilanNya. Kala itu hatiku semakin yakin akan kebesaranNya dan kasih sayangNya
.

0 comments:

Post a Comment