Ainul Mardhiah Bidadari Tercantik Di Syurga

Bidadari merupakan satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang masuk ke dalam syurga. Bagi seorang wanita yang solehah, maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari). Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar Nabi Muhammad SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai).

Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika Nabi Muhammad SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah), katanya "siapa yang keluar di jalan Allah dan tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga". Mendengar berita itu, seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin mengetahui bagaimana cantiknya bidadari yang disebutkan. Tetapi dia malu nak bertanyakan kepada Nabi Muhammad SAW kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi namanya sebagai salah sorang yang akan pergi berjihad. Nabi Muhammad SAW akan tidur sebentar(sunnah Nabi), maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi tidur bersama-sama. Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih dan sangat cantik dan mempunyai muka yang berseri-seri lalu ditanyanya dimanakah dia. Lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah. Lalu ditunjuknya di suatu arah, maka dia berjalan ke arah yang ditunjukkan. Di suatu pepohon, beliau mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dia lihat kecantikannya yang sebegitu. Tak pernah dilihat didunia ini. Lalu diberi salam dan dia bertanya andakah Ainul Mardhiah.

Wanita itu menjawab "ehh tidak. Saya khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana". Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai Lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab "eh tidak. Saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana", lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu yang kecantikkannya sungguh mengkagumkan. Lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantik dari yang kedua. Dan tak pernah dia lihat di dunia. Lalu wanita itu berkata "akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku". Apabila lelaki itu mendekatinya. Wanita itu menjawab "nanti! Kamu belum syahid lagi". Tersentak pemuda itu lalu dia pun terjaga dari tidurnya. Dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat yang lain, namun, dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi Muhammad SAW. Tetapi sekiranya dia syahid barulah diceritakan kepada Nabi Muhammad SAW.

Pada petang itu, pemuda tersebut bersama-sama dengan jemaah lain dan Nabi Muhammad SAW telah keluar berperang. Ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Pada petang tersebut, ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, ketika hendak berbuka puasa. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi Muhammad SAW lalu diceritakan perihal sahabat Nabi Muhammad SAW yang syahid tadi. Ketika sedang bercerita, Nabi Muhammad SAW menjawab benar... benar... benar... sepanjang cerita tersebut diceritakan. Akhirnya Nabi Muhammad SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga. Subhanallah...

Kesimpulannya. Tiada rehat atau terputusnya kehidupan selepas hidup di dunia. Selepas seseorang mati maka kehidupannya terus bersambung dengan kehidupan barzakh, akhirat etc. Tiada sebarang perjanjian untuk hidup bahagia di akhirat melainkan bekalan taqwa dan iman yang sempurna serta amal yang soleh.

0 comments:

Post a Comment