My Mom~~

Ibuku buta sebelah mata...
Aku benci ibuku...dia amat memalukan aku...
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami...

Pada suatu hari, semasa di sekolah rendah ibuku datang untuk bertanya khabar.
Aku sungguh malu. Kenapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari...
Keesokannya salah seorang rakan sekelas ku berkata...
"Eeee, Ibu kamu hanya ada one mata."
Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku.
Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku...
Oleh itu aku berjumpa dengannya da berkata,
"Jika engkau mahu menjadikan diriku bahan ketawa, akan lebig baik awak mati saja?!!!"
Ibuku hanya berdiam diri.
Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu.
Aku langsung tidak pedulikan perasaannya...
Aku ingin keluar dari rumah itu...
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.

Kemudian aku berkahwin. Aku membeli sebuah rumah dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpaku dan tidak pernak berjumpa cucunya.
Bila dia berdiri depan pintu anakku ketawa kepadanya.
Aku menjerit kepadanya, "Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku! Keluar dari sini sekarang!!!"
Dengan pantas ibuku menjawab, "Maaf, saya tersilap alamat" dan terus menghilangkan diri.

Suatu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai di rumahku.
Oleh itu aku telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan...

Selepas perjumpaan itu, aku pergi ke rumah usang ibuku hanya untuk mengetahui.
Jiran memberitahuku bahawa ibuku telah meninggal...
Aku tidak menitiskan setitik air mata pun...
Jiran telah menyerahkan kepada aku sepucuk surat yang ibuku ingin aku membacanya...

"Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa...Ibu minta maaf kerana telah datang ke rumahmu di Singapura dan menakutkan anakmu. Ibu gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama. Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa denganmu...Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar. Kamu mungkin tidak tahu...semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata...Sebagai ibu, Ibu tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...Oleh itu, ibu memberi salah satu mata ibu kepada kamu...Ibu amat berbangga kerana anak lelaki ibu ini dapat melihat dunia dengan mata ibumu ini."

Dengan kasih kepadamu,
Ibu kamu.

Hormatilah ibu dan berilah kasih sayang kepada ibu kita kerana ibu telah melahirkan kita. Walau seburuk manapun ibu kita, dia yang melahirkan dan mendidik kita sehingga kita dewasa. Rasulullah SAW telah bersabda, "Baginda memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan rasulNya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian ayahmu."

0 comments:

Post a Comment